Perodua car cropped to rear half, lamp pattern, tailgate and bumper in focus.

2019 PERODUA AXIA OPEN FOR BOOKING FROM AN ESTIMATED RM24,090 – MALAYSIA’S MOST AFFORDABLE CAR WITH ADVANCED SAFETY, NEW STYLE VARIANT

Rawang, 22 Aug: Perodua is now taking orders for the 2019 Perodua Axia – the A-segment hatchback has had its line-up refreshed to offer Malaysians even more value, advanced safety and greater style.

With six variants – E, G, GXtra, SE, AV and a new STYLE variant – priced from an estimated RM24,090-43,190 (on-the-road before insurance for Peninsular Malaysia), there is an Axia for every purse, purpose and personality.

All variants are powered by a 1.0 litre 1KR-VE engine with variable valve timing that is connected to a five-speed manual transmission on the E variant and an electronically-controlled four-speed automatic transmission on all other variants.

“The Axia is at the very core of what Perodua stands for – to provide affordable and fuss-free mobility for all. Over 380,000 units have found homes since we first introduced the model in September 2014, and it was in fact our best-seller from 2015 through 2017,” said Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“With the 2019 Perodua Axia, we aim to redefine practical mobility in Malaysia by levelling up the standards of value, safety and style to ensure that the Axia remains your first choice,” he added.

Perodua’s Advanced Safety Assist 2.0 (ASA 2.0*) suite of driver assistance safety systems, which debuted on the Aruz seven-seater SUV in January, now enters the Axia range with the AV variant, making it the most affordable car in Malaysia with such a feature.

ASA 2.0 comprises Pedestrian Detection (up to 50 km/h), Pre-Collision Warning (up to 100 km/h), Pre-Collision Braking (up to 80 km/h), Front Departure Alert and Pedal Misoperation Control.

“By bringing ASA 2.0 to the 2019 Perodua Axia, we are bringing advanced safety technology to the people, just like we did with the third-generation Perodua Myvi back in 2017,” said Dato’ Zainal.

Additionally, all variants from GXtra and above are equipped with Vehicle Stability Control (VSC) and traction control, and all variants except the base E have ABS with Electronic Brakeforce Distribution as standard.

The Perodua Axia was Malaysia’s first Energy-Efficient Vehicle (EEV) at its birth in 2014. Today, with rated fuel efficiencies of 22.5 km/l for the manual, 21.6 km/l for the auto and 20.8 km/l for the new STYLE variant, it continues to be among the most fuel-efficient vehicles in the country.

“The advances in safety and additional features, coupled to the Axia’s renowned fuel efficiency, practicality, spaciousness, low ownership costs, ease to drive and dependability while maintaining its affordability, mean it now offers more value than ever before,” said Dato’ Zainal.

On the new STYLE variant, Dato’ Zainal said, “Perodua is taking a bold new step with the Axia STYLE, a new addition to the Axia family that will appeal to the fun and active side of your personality – stay tuned!”

“We welcome the public to visit any of our sales outlets nationwide where our authorised sales advisors will be only too happy to assist you and answer your queries on the 2019 Perodua Axia, which will appear in showrooms soon!” Dato’ Zainal said.

The 2019 Perodua Axia is offered with a five-year/150,000 km warranty (whichever comes first).

* ASA is a driver assistance system that helps to reduce the risk of collisions and is by no means a substitute for safe driving. Always be alert and cautious behind the wheel.

 

Perodua Axia 2019 dibuka untuk tempahan dari RM24,090 tentatif – kenderaan paling mampu milik di Malaysia dengan ciri keselamatan canggih, varian baharu STYLE

 

Rawang, 22hb Ogos: Perodua kini menerima tempahan bagi Perodua Axia 2019 – hatchback segmen-A yang telah diperbaharui untuk menawarkan rakyat Malaysia lebih nilai, lebih gaya serta ciri keselamatan canggih.

Enam varian – E, G, GXtra, SE, AV dan varian baharu STYLE – ditawarkan dengan harga tentatif RM24,090-43,190 (atas jalan tanpa insurans bagi Semenanjung Malaysia), menepati poket, penggunaan dan personaliti berbeza setiap rakyat Malaysia.

Semua varian dikuasakan dengan enjin 1.0 liter 1KR-VE dengan pemasaan injap boleh ubah pintar (VVT-i) yang disambung kepada transmisi manual lima-kelajuan pada varian E dan transmisi automatik kawalan elektronik empat-kelajuan pada semua varian lain.

“Axia adalah intipati kepada matlamat Perodua, iaitu untuk menawarkan mobiliti yang mampu milik dan mudah buat semua. Lebih 380,000 unit telah menemui pemiliknya sejak pelancaran pertamanya pada September 2014, dan sebenarnya ia menjadi model terlaris kami dari 2015 hingga 2017,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato' Zainal Abidin Ahmad.

“Dengan Perodua Axia 2019, kami ingin mengubah pengalaman mobiliti di Malaysia dengan menambah nilai, keselamatan dan gaya untuk memastikan Axia kekal menjadi pilihan pertama anda,” katanya.

Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA 2.0*) Perodua, yang pertama muncul pada SUV tujuh-tempat duduk Aruz pada Januari lalu, kini memasuki model Axia menerusi varian AV, menjadikannya kenderaan dengan ciri yang sedemikian yang paling mampu milik di Malaysia.

ASA 2.0 terdiri daripada Pengesan Pejalan Kaki (kelajuan sehingga 50 km/j), Amaran Pra-Pelanggaran (kelajuan sehingga 100 km/j), Brek Pra-Pelanggaran (kelajuan sehingga 80 km/j), Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control.

“Dengan membawa ASA 2.0 ke Perodua Axia 2019, kami membawa teknologi keselamatan canggih kepada rakyat, seperti yang kami lakukan dengan Perodua Myvi generasi ketiga pada 2017,” kata Dato’ Zainal.

Selain itu, semua varian dari GXtra dan ke atas dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan kawalan cengkaman (TRC), dan semua varian kecuali E mempunyai ABS dengan Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD).

Perodua Axia menjadi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama di Malaysia semasa pelancarannya pada 2014. Kini, dengan kecekapan bahan api yang dinilai 22.5 km/l untuk manual, 21.6 km/l untuk auto dan 20.8 km/l untuk varian baharu STYLE, ia kekal menjadi antara kenderaan yang paling cekap bahan api di negara ini.

“Peningkatan dalam aspek keselamatan dan ciri-ciri tambahan, ditambah dengan kecekapan bahan api, praktikaliti, ruang yang luas, kos pemilikan yang rendah, kemudahan pemanduan dan kebolehpercayaan, dalam masa yang sama kekal mampu milik, Axia kini menawarkan lebih banyak nilai berbanding sebelumnya,” kata Dato’ Zainal.

Mengenai varian baharu STYLE, Dato’ Zainal berkata, “Perodua mengambil langkah baharu dengan Axia STYLE, ahli keluarga Axia baharu yang akan menampilkan keseronokan dan keaktifan gaya hidup anda – nantikan!”

“Kami mengalu-alukan orang ramai untuk mengunjungi mana-mana cawangan jualan kami di seluruh negara. Penasihat jualan sah kami bersedia untuk melayani dan membantu anda serta menjawab segala pertanyaan anda mengenai Perodua Axia 2019 yang akan muncul di ruang pameran tidak lama lagi!” kata Dato’ Zainal.

Perodua Axia 2019 didatangkan dengan waranti lima tahun/150,000 km (yang mana terdahulu).

* ASA adalah sistem bantuan pemanduan yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran dan bukan pengganti pemanduan selamat. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika memandu.

 


BOOK YOUR PERODUA TODAY

If you have any questions, please reach out to our sales advisors.