BOOK YOUR PERODUA TODAY
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.
//php if (!empty($is_homepage) || !empty($is_promotions)) { ?>
//php if (empty($is_homepage)) { ?> //php } ?> //php include "templates/new_axia_countdown.php" ?>Rawang, 2 June: Perodua has closed the month of May 2020 with 7,886 cars sold, bringing its year-to-date (YTD) sales total to 52,920 units. Against an estimated YTD total industry volume of 129,401 units, this nets Perodua a 41% YTD market share.
"The ongoing COVID-19 situation has had a significant impact on car sales in Malaysia over the past two months, but we are thankful that in just three weeks since we restarted operations nationwide, we have managed to come close to the level of our March figures pre-Movement Control Order (MCO)," said Perodua President and Chief Executive Officer Dato' Zainal Abidin Ahmad.
Making up the May sales tally were 2,612 Myvis, 2,028 Axias, 1,820 Bezzas, 950 Aruz and 476 Alzas. Perodua managed to sell 8,601 cars in March before the MCO came into effect on the 18th day of that month.
"In this age of social distancing and heightened hygienic awareness, the role played by personal transport becomes all the more important. Vehicles are still needed for short, quick trips out for household essentials, and e-hailing drivers have begun using their vehicles to deliver goods instead of just transporting passengers.
"Perodua cars are very suitable for such purposes, being compact, affordable, fuel-efficient, dependable, spacious and easy to drive," Dato' Zainal said.
"We thank all our valued customers sincerely for their loyalty and support. We will continue working hard to ensure that all your motoring needs and wants are met as soon and as safely as possible. We believe we will be able to fulfil our outstanding as well as new orders in a timely manner," he added.
Throughout June, Perodua's Meaningful Raya campaign is offering special cash redemptions of up to RM1,300 for the Aruz and selected Myvi variants, while buyers of other models will get a RM300 e-voucher that is redeemable for the purchase of selected parts and accessories at any authorised Perodua service centre.
"Please visit any of our sales outlets nationwide, adhering to all health and safety measures in place, and speak to our friendly authorised sales advisors to find the perfect Perodua model for you," said Dato' Zainal.
Perodua daftar 7,886 kenderaan pada Mei di sebalik situasi COVID-19
Rawang, 2hb Jun: Perodua mencatat jualan 7,886 kenderaan pada Mei 2020, membawa jumlah jualan setakat tahun ini (YTD) kepada 52,920 unit. Berdasarkan jumlah keseluruhan industri YTD yang dianggarkan 129,401 unit, Perodua menguasai 41% bahagian pasaran YTD.
"Situasi COVID-19 yang masih berlangsung ini telah memberi kesan yang ketara terhadap jualan kenderaan di Malaysia selama dua bulan. Namun kami bersyukur kerana dalam tempoh hanya tiga minggu sejak kami kembali beroperasi di seluruh negara, kami berjaya mendekati angka jualan Mac kami pra-Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato' Zainal Abidin Ahmad.
Jualan Mei terdiri daripada 2,612 Myvi, 2,028 Axia, 1,820 Bezza, 950 Aruz dan 476 Alza. Perodua berjaya menjual 8,601 kenderaan dalam bulan Mac sebelum PKP berkuat kuasa pada 18hb Mac.
"Dalam era penjarakkan sosial dan tahap kesedaran kebersihan yang tinggi, pengangkutan persendirian memainkan peranan yang lebih penting. Kenderaan diperlukan untuk perjalanan singkat dan dekat bagi membeli keperluan rumah. Pemandu e-hailing juga telah bermula menggunakan kenderaan mereka untuk menghantar barang di samping mengangkut penumpang.
"Kenderaan Perodua amatlah sesuai untuk tujuan-tujuan tersebut, kerana kompak, mampu milik, cekap bahan api, boleh dipercayai, luas dan mudah dipandu," kata Dato' Zainal.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami yang dihargai atas kesetiaan dan sokongan mereka. Kami akan memastikan semua keperluan serta kehendak permotoran anda dapat dipenuhi dengan selamat dan segera. Kami yakin dapat memenuhi permintaan anda dalam masa yang terdekat," tambahnya.
Sepanjang Jun, kempen Sambutan Bermakna Perodua menawarkan penebusan tunai khas sehingga RM1,300 untuk Aruz dan varian Myvi terpilih, sementara pembeli model lain akan mendapat e-baucar RM300 yang boleh ditebus untuk pembelian alat ganti dan aksesori terpilih di mana-mana pusat servis Perodua yang sah.
"Sila kunjungi mana-mana pusat jualan kami di seluruh negara dan patuhi semua langkah penjagaan yang ditetapkan. Penasihat jualan kami yang sah sedia membantu anda untuk mencari model Perodua yang paling sesuai bagi anda," kata Dato' Zainal.
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.