Perodua car cropped to rear half, lamp pattern, tailgate and bumper in focus.

Perodua supports government initiatives to fortify Malaysia’s automotive industry amidst COVID-19 situation

Rawang, 4 June: Following a recent announcement by the Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii), Perodua is voicing its support for the government's initiatives to sustain Malaysia's automotive industry amidst the ongoing COVID-19 situation.

"Perodua is in full support of the government's aim to fortify Malaysia's automotive industry in these trying times, and its various initiatives to achieve that aim," said Perodua President and Chief Executive Officer Dato' Zainal Abidin Ahmad.

"As Malaysia's biggest carmaker by volume, we are eager and ready to step forward and work with the government to ensure the industry's continued survival in this difficult time," he added.

According to reports, MARii estimates a 28% drop in new car sales this year due to the Movement Control Order (MCO) brought about by COVID-19, and that a minimum 500,000-unit total industry volume is needed in 2020 for automotive businesses' continued survival.

Among the incentives MARii outlined to stimulate demand are a temporary waiver on down payments, reduced loan interest rates and joint subsidies between carmakers and the government for road tax and insurance for a limited time period.

"It is indeed a challenging time for all of us, however, Perodua is confident that with the government's collaboration, the industry as well as its ecosystem of suppliers and dealers will be able to weather the storm together," Dato' Zainal said.

Perodua has sold 52,920 vehicles as of the first five months of 2020, giving it a 41% market share against an estimated year-to-date total industry volume of 129,401 units.

All current Perodua models have over 90% local content, and last year, the carmaker purchased RM5.4 billion worth of components from Malaysian suppliers.

"Perodua is also doing its part to sustain its vast ecosystem of suppliers and dealers. Besides our volume, we assist and support them through investments, purchases and advance purchases, longer credit terms as well as various operational transformation initiatives and development programmes," Dato' Zainal said.

 

Perodua sokong inisiatif kerajaan untuk membantu industri automotif Malaysia di sebalik situasi COVID-19

Rawang, 4hb Jun: Berikutan pengumuman daripada Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) baru-baru ini, Perodua menyambut baik inisiatif kerajaan untuk memastikan kemampanan industri automotif Malaysia di sebalik situasi COVID-19 yang masih berlangsung.

"Perodua menyokong sepenuhnya matlamat kerajaan untuk memperkukuh industri automotif Malaysia pada masa yang sukar ini, dan pelbagai inisiatif yang dikemukakan untuk mencapai matlamat tersebut," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato' Zainal Abidin Ahmad.

"Sebagai pengeluar kenderaan terbesar di Malaysia dari segi jumlah, kami rela dan bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk mengekalkan kemampanan industri dalam masa yang sukar ini," tambahnya.

Menurut laporan, MARii menganggarkan penurunan jualan kenderaan baharu sebanyak 28% tahun ini akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan jumlah keseluruhan industri (TIV) minimum 500,000 unit diperlukan pada 2020 untuk menjamin kelangsungan perniagaan-perniagaan automotif.

Insentif-insentif yang disebutkan MARii untuk merangsang jualan kenderaan termasuk pengecualian sementara bayaran pendahuluan, pengurangan kadar faedah pinjaman dan subsidi bersama antara pengeluar kenderaan dan kerajaan bagi cukai jalan dan insurans untuk jangka masa terhad.

"Sesungguhnya ini masa yang mencabar bagi semua. Namun Perodua yakin bahawa dengan kerjasama kerajaan, industri automotif bersama dengan ekosistem pembekal dan pengedar akan berjaya mengharungi masa sukar ini bersama," kata Dato' Zainal.

Perodua berjaya menjual 52,920 kenderaan dalam lima bulan pertama 2020, menguasai 41% pasaran berbanding TIV yang dianggarkan sebanyak 129,401 unit setakat tahun ini (YTD).

Dengan kandungan tempatan melebihi 90% bagi seluruh barisan modelnya, Perodua telah membelanjakan RM5.4 bilion tahun lepas untuk membeli komponen daripada pembekal tempatan.

"Perodua juga memainkan peranannya untuk menyokong ekosistem pembekal dan pengedarnya. Selain komitmen jumlah, kami membantu dan menyokong mereka melalui pelaburan dan pembelian dahulu, jangka masa kredit yang lebih lama serta pelbagai inisiatif transformasi dan program pembangunan," kata Dato' Zainal.


BOOK YOUR PERODUA TODAY

If you have any questions, please reach out to our sales advisors.